Skip to main content

Expert Gearbox Repair in Johor Bahru: Why Replace When You Can Rebuild? ⚙️🚗

Expert Gearbox Repair in Johor Bahru: Why Replace When You Can Rebuild? ⚙️🚗 Few things cause more panic for a driver than a blinking 'AT' light, a sudden loss of power, or violent jerking when shifting gears. A failing transmission is a serious issue, but it doesn't always mean you need to spend a fortune on a brand-new factory replacement. At Advance Auto Work , our core specialization is bringing failing gearboxes back to life. Watch our latest behind-the-scenes video to see our specialists meticulously dismantle, diagnose, and rebuild a transmission right here in our Johor Bahru workshop. Watch our team perform a complete transmission teardown and refurbishment. 🛠️ Our Specialization: Comprehensive Gearbox Overhauls We don't just guess what's wrong and swap out random parts. Our approach to gearbox repair is thorough and data-driven. Whether you drive a local Malaysian car, a Japanese workhorse, or a...

6 Tips Penjagaan Gearbox CVT Supaya Tahan Lama: Elak Rosak Awal & Jimat Ribuan Ringgit!

Ramai pemilik kereta moden (Honda City, Toyota Vios, Perodua Myvi baru, Proton Iriz) menggunakan transmisi CVT (Continuously Variable Transmission).

CVT memang jimat minyak dan lancar, tetapi ia juga terkenal dengan sifatnya yang agak "manja" berbanding gear automatik konvensional (4AT). Jika salah jaga, kos pembaikannya boleh mencecah ribuan ringgit!

Sebagai Pakar Gearbox di Advance Auto Work dengan pengalaman lebih 15 tahun, kami ingin berkongsi 6 Tips Emas untuk memastikan CVT anda tahan lama.

1. Panaskan Enjin Sebelum Bergerak

Jangan terus masuk gear dan jalan sebaik sahaja enjin dihidupkan, terutamanya pada waktu pagi.

  • Kenapa? Biarkan enjin hidup 1-2 minit. Ini memberi masa untuk minyak CVT beredar ke seluruh sistem dan mencapai suhu operasi yang sesuai. Minyak yang sejuk dan pekat tidak dapat melindungi komponen besi dengan optimum.

2. Pantang Larang: Jangan Tukar Gear Semasa Bergerak!

Ini adalah kesilapan paling biasa. Jangan sesekali tukar dari 'D' ke 'R' atau 'R' ke 'D' semasa kereta belum berhenti sepenuhnya.

  • Akibatnya: Tindakan ini memberi tekanan melampau kepada steel belt dan pulley dalaman CVT. Lama kelamaan, belt boleh gelincir atau putus.

3. Jangan Memandu Terlalu Agresif (Awal Pergerakan)

CVT direka untuk pemanduan yang lancar dan konsisten, bukan untuk lumba drag.

  • Cara Betul: Elakkan menekan pedal minyak secara mengejut (hard acceleration) dari posisi berhenti. Biarkan kereta bergerak secara berperingkat. Membrek secara mengejut juga perlu dielakkan jika boleh.

4. Ikut Jadual Tukar Minyak CVT (Saranan Pakar)

Jangan tunggu sehingga buku manual kata 40,000km atau 80,000km. Cuaca panas dan trafik sesak di Malaysia adalah "Severe Driving Condition".

  • Saranan Kami: Tukar minyak CVT setiap 20,000km - 30,000km (terutamanya jika kereta dah habis warranty).
  • Penting: Jangan tunggu sampai rasa 'slip' atau dengar bunyi pelik baru nak tukar. Masa tu mungkin dah terlambat!

5. Penjagaan Oil Cooler (Penyejuk Minyak)

Ramai terlepas pandang komponen ini. Oil cooler berfungsi menstabilkan suhu transmisi. Haba adalah musuh utama CVT.

  • Saranan Kami: Tukar oil cooler setiap 100,000km hingga 120,000km. Jika oil cooler tersumbat atau bocor, gearbox akan overheat dan komponen dalaman akan cair atau rosak.

6. Jangan Lupa Auto Filter!

Menukar minyak sahaja tidak cukup jika penapisnya kotor.

  • Saranan Kami: Tukar Auto Filter setiap 40,000km - 50,000km. Filter yang sumbat akan mengganggu tekanan minyak, menyebabkan pertukaran gear tidak lancar.

Kesimpulan: Mencegah Lebih Baik Dari Mengubati

Mengamalkan 6 tips ini boleh memanjangkan jangka hayat gearbox CVT anda dengan ketara. Namun, jika anda sudah mula rasa gegaran atau bunyi dengung, segera dapatkan bantuan pakar.

Dapatkan Pemeriksaan Diagnostik PERCUMA di Advance Auto Work!

Kami pakar dalam servis dan overhaul CVT untuk Honda, Toyota, Proton, Perodua, dan Nissan.

WhatsApp / Telefon:

Lokasi: Advance Auto Work - 11, Jalan Mutiara Emas 5/7, Taman Mount Austin, 81100 Johor Bahru.


Soalan Lazim

Kenapa perlu tukar minyak CVT lebih awal daripada buku manual?
Cuaca Malaysia yang panas dan trafik yang kerap berhenti-jalan (stop-and-go) mempercepatkan kerosakan minyak. Menukar setiap 20,000-30,000km memastikan minyak kekal likat untuk melindungi tali sawat besi daripada tergelincir.

Apa jadi kalau saya tukar gear masa kereta tengah gerak?
Menukar gear antara Drive dan Reverse semasa kereta bergerak memaksa komponen transmisi bertindak sebagai brek. Ini memberi tekanan serta-merta dan melampau kepada belt dan pulley CVT, yang boleh menyebabkan ia putus.

Perlu ke tukar Auto Filter?
Ya. Auto filter menapis serpihan besi. Jika ia tersumbat, minyak tidak dapat mengalir dengan baik dan tekanan akan turun. Ini menyebabkan gearbox tersentak atau 'delay' walaupun anda guna minyak baru.

Comments

Popular posts from this blog

Johor Bahru's Specialist in Gearbox Repair & Overhaul for All Car Brands

Facing gearbox problems like jerking, slipping, or strange noises? Don't wait for a small issue to become a costly breakdown. CN | MY Welcome to Advance Auto Work, Johor Bahru's trusted specialist for professional gearbox repair and overhaul services for ALL major car brands. Our mission begins with a precise diagnosis to identify the root cause of the problem, ensuring we provide an effective and long-lasting solution every time. If your car's transmission is giving you trouble, you've come to the right place. Our Service Promise: Fast, Reliable & Guaranteed We understand that you need your car back on the road. Our entire service process is designed for your peace of mind and convenience. Fast Turnaround (1-3 Days): We strive to complete most gearbox repair and installation jobs within 1 to 3 working days, depending on the complexity and parts availability. Comprehensive 6-Month Warranty: We stand behind our workmanship. Every major over...

How Much Does a Gearbox Repair Cost in Malaysia? (2025 Johor Bahru Price Guide)

If your car's gearbox is starting to show signs of trouble - like jerking, slipping, or strange noises—one of your first questions is likely about the cost. A gearbox repair is a significant investment, and the price can vary widely. As specialists with over 15 years of experience here in Johor Bahru, we want to provide an honest guide to help you understand the potential costs. The final price of a gearbox repair depends on three main factors: the type of gearbox , the extent of the damage , and the car model . 1. Cost Based on Gearbox Type Standard Automatic Transmission (AT): Minor Repair (e.g., solenoid replacement, sensor issue): RM 800 - RM 2,500+ Full Overhaul (Rebuild): This is the most common solution for major issues. For most Japanese and local cars (Toyota, Honda, Proton, Perodua), you can expect a cost between RM 2,000 and RM 5,000+ . Continental cars (BMW, Mercedes, VW) will be higher. Continuously Variable Transmission (CVT): Found in many modern Honda, Toyota, and...

Perodua Myvi, Alza, Axia & Bezza 牙箱(Gearbox)有问题?新山(JB)牙箱专家教您如何解决!

您的Myvi, Alza, Axia, atau Bezza有换挡顿挫(Jerking)或入挡延迟的问题吗?我们是柔佛新山(Johor Bahru)的牙箱专家,为您提供专业的解决方案和免费检查! Perodua Myvi, Alza, Axia, dan Bezza无疑是柔佛新山 (Johor Bahru) 马路上最常见的“国民轿车”。它们以耐用和省油著称,但随着车龄和里程数的增加,这些车款所使用的4速自动牙箱(4-speed E-AT)也可能会开始出现一些常见的问题。 如果您发现您的爱车开始变得不顺畅,请不要掉以轻心!作为位于 Mount Austin 的牙箱专家 ,我们 (Advance Auto Work) 在这里为您分析这些常见问题,并提供最专业的解决方案。 常见Perodua牙箱问题 (Myvi, Alza, Axia & Bezza) 这些车款的牙箱构造相似,因此面对的问题也大同小异。以下是您需要注意的三个主要警示: 1. 换挡顿挫 / 不顺 (Gear Jerking / Rough Shifting) 症状: 在车子加速时,或从'P'档换到'D'或'R'档时,您会感觉到一股明显的冲击力或“顿挫感”,好像被人从后面踢了一下。 可能原因: 这通常是牙油 (ATF) 老化、电磁阀 (solenoid) 失效或阀体 (valve body) 内部磨损的初期症状。 2. 入挡延迟 (Delayed Engagement) 症状: 当您将排挡杆从'P'档换入'D'档时,车子需要等上一两秒才会有“入挡”的感觉。在严重的情况下,您甚至需要踩一点油门车子才会走。 可能原因: 这可能是由于牙箱内部油压不足或油封 (seal) 硬化老化所导致。 3. 牙箱打滑 / 转速高但车无力 (Gear Slipping) 症状: 您踩下油门,引擎转速(RPM)变得很高,但车速却提不上去,感觉车子很“没力”。 可能原因: 这是个比较严重的问题,通常意味着牙箱内部的离合器片 (clutch plate) 已经严重磨损,无法有效地传递动力。 为什么这些问题会发生? 炎热气候和交通堵塞: 新山的炎热天气和频繁的塞车会使牙箱温度升高,加速牙油老化。 忽略定期保养: 很多车主忽略了根据手册建...